Somalia laksana hukuman mati pembunuh wartawan

Somalia laksana hukuman mati pembunuh wartawan

MOGADISHU, 11 April (AFP) – Polis Somalia melalui skuad penembaknya hari ini melaksanakan hukuman mati keatas seorang wartawan yang membunuh rakannya yang dipercayai dikaitkan bersama kumpulan berani mati Shebab Al-Qaeda.

Hassan Hanafi dijatuhkan hukuman mati oleh hakim tentera bulan lalu selepas beliau mengaku dalam pembunuhan lima wartawan, yang telah dilaksanakan di akademi polis di ibu negara Mogadishu sejurus selepas subuh.

Beberapa wartawan melihat pelaksanaan tersebut, yang mengatakan Hanafi telah melawan apabila beliau dibawa ke kawasan hukuman, yang memaksa polis untuk mengikat beliau ke kawasan tembakan.

Hassan Hanafi, didapati bersalah kerana membunuh rakan-rakannya yang terkait dengan kumpulan berani mati Shebab Al-Qaeda, diikat pada tiang kayu sebelum skuad penembak melaksanakan hukuaman tersebut di dataran akademi polis di Mogadishu kelmrin. – AFP

“Dia mengaku dan didapati bersalah atas pembunuhan beberapa wartawan Somalia… pelaksanaan itu telah dijalankan,” kata pegawai kanan mahkamah tentera Abdullahi Hussein.

Hanafi telah ditangkap pada Ogos 2014 di Kenya dan diserah balik ke Somalia lewat tahun itu.Somalia adalah salah sebuah negara yang paling berbahaya bagi wartawan untuk beroperasi.

Beberapa serangan yang dipercayai ada kaitan dengan pelbagai puak yang berkuasa, begitu juga Shebab.

ARTIKEL YANG SAMA