Somalia putus hubungan dengan Iran

Somalia putus hubungan dengan Iran

MOGADISHU, 8 Jan (AFP) – Selepas Sudan, Bahrain dan Djibouti, Somalia mengikut jejak langkah memutuskan hubungan dengan Iran.

Satu kenyataan Kementerian Luar Somalia dikeluarkan hari ini menuduh Iran cuba memporak perandakan negara Afrika itu.

Menurutnya, ia memanggil semula pemangku dutanya ke Iran dan mengarahkan diplomat Iran meninggalkan Somalia dalam tempoh 72 jam.

Beberapa negara lain menurunkan hubungan mereka dengan Iran. Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Syiah itu selepas penunjuk perasaan menyerang dua kedutaannya di Iran.

Serangan itu berikutan pelaksanaan hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal, Sheikh Nimr al-Nimr pada Sabtu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA