Somaliland undi presiden baru

MOGADISHU, 13 Nov – Penduduk negeri Somaliland yang telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri hari ini mengundi dalam pilihan raya presiden ketiga dengan mengharapkan untuk membuktikan kelayakan demokrasi dan mengukuhkan bukti bagi kemerdekaan dari Somalia yang berdepan masalah.

Wilayah utara, yang stabil dan lebih seragam dari segi suku kaum dari Somalia, berpisah pada tahun 1991 dan telah berusaha mendapatkan perakuan antarabangsa sejak itu.

Tiga orang calon bertanding bagi jawatan tertinggi negeri itu, iaitu ahli-ahli politik Muse Bihi dari parti memerintah Kulmiye, dan calon-calon parti pembangkang Abdirahman Iro dan Faysal Ali Warabe yang telah tewas dalam pilihan raya sebelum ini pada tahun 2010. – AFP