Son wira Korea Selatan, Qatar gigit jari

Son wira Korea Selatan, Qatar gigit jari

SUWON, Korea Selatan, 7 Okt – Penyerang Tottenham Hotspur Son Heung-Min menjaringkan gol kemenangan ketika Korea Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Qatar 3-2 dan melangkah ke depan menuju Piala Dunia Rusia 2018 semalam.

Selepas Korea Selatan mengekori 2-1 pada separuh masa pertama, tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Ji Dong-Won sebelum Son melanjutkan rekod gol dengan jaringan menarik minit ke-58.

Pasukan Uli Stielike itu menyaksikan 24 minit terakhir beraksi tanpa seorang pemain selepas penyingkiran Hong Jeong-Ho, yang meletakkan malam sukar bagi pemain pertahanan itu selepas dia menyerahkan sepakan penalti bagi jaringan pembukaan Qatar.

Ketika Korea Selatan mara ke pusingan kelayakan, Qatar tidak mungkin mara ke Piala Dunia pertama mereka sebelum menjadi tuan rumah pada 2022 kerana masih belum meraih mata dan berada di tangga tercorot Kumpulan A selepas tiga perlawanan.

Kapten pasukan Korea Selatan, Ki Sung-Yueng membuka jaringan dengan sepakan leret menewaskan Saad Al Sheeb selepas 11 minit.

Son Heung-min (kiri) meraikan jaringan bersama Ki Sung-yueng semasa menentang Qatar di Stadium Piala Dunia Suwon, Korea Selatan, kelmarin. – AP
Son Heung-min (kiri) meraikan jaringan bersama Ki Sung-yueng semasa menentang Qatar di Stadium Piala Dunia Suwon, Korea Selatan, kelmarin. – AP

Tetapi Qatar kembali menjaringkan gol dan mendapatkan sepakan penalti apabila Hong dilayangkan kad kerana menjatuhkan Sebastian Soria. Kapten pasukan Hassan Al Haydos melangkah dan kemudian menewaskan Kim Seung-Gyu.

Dan negara Teluk itu belum selesai ketika Soria menjadikan kedudukan 2-1 sebelum separuh masa pertama, menyudahkan hantaran Rodrgio Tabata untuk menewaskan Kim Seung-Gyu.

Pasukan tuan rumah kemudian membantah untuk meminta sepakan penalti apabila tandukan tajam jarak dekat Ki terkena tangan Mohammed Kasola.

Selepas rehat, pemain penyerang Kim Shin-wook membuat hantaran untuk memberikan umpanan kepada penyerang Augsburg, Ji untuk jaringan penyamaan Korea Selatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA