Sona beli lapangan minyak di Australia

Sona beli lapangan minyak di Australia

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Sona Petroleum Bhd membeli pegangan 100 peratus dalam Stag Oilfield di luar persisir Australia Barat, daripada Quadrant Northwest Pty Ltd dan Santos Offshore Pty Ltd, pada AS$50 juta.

Santos memiliki pegangan 66.67 peratus dalam Stag Oilfield dan bakinya dimiliki Quadrant. Mengikut Sona Petroleum, urus niaga itu bertujuan menjadi pengambilalihan kelayakan membabitkan lesen pengeluaran (WA-15) dan lesen saluran paip WA-6-PL (Stag Oilfield) serta aset berkaitan.

pg18_151103_b

“Cadangan pembelian berkenaan dijangka diselesaikan pada separuh pertama 2016,” kata syarikat pengambilalihan tujuan khas itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sona Petroleum berkata, pembayaran pembelian itu akan dibuat secara tunai dan dana dalaman daripada tawaran awam di bawah satu permulaan akaun amanah berjumlah RM525.6 juta setakat 30 Oktober 2015.