Sony Bravia 4K diperkenalkan

Sony Bravia 4K diperkenalkan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Syarikat Multitron Sdn Bhd selaku pengedar produk-produk Sony di Brunei, hari ini, memperkenalkan televisyen siri Sony Bravia 4K X93D HDR terbaru yang menawarkan kualiti gambar lebih baik berbanding dengan televisyen siri Sony Bravia sebelumnya.

Sony memperkenalkan televisyen siri Bravia secara rasmi pada awal tahun ini. Untuk pasaran di Brunei, televisyen siri ini turut dipertingkatkan untuk menyokong siaran digital yang diperkenalkan di negara ini.

Menurut jurucakap dari Sony Singapura, Chong Shou Lian, mereka melengkapkan televisyen terbaru itu dengan cip pemprosesan khusus, dikenali sebagai 4K Processor X1.

“Seperti pada namanya, ia menyokong paparan video pada resolusi 4K HDR dan daripada perbandingan yang diperlihatkan Sony, televisyen siri BRAVIA yang terbaru ini membawakan paparan yang lebih jelas dan terang, jika dibandingkan dengan pesaing lain di pasaran,” katanya.

Chong Shou Lian dari Sony Singapura menerangkan kehebatan TV Sony Bravia 4K.
Chong Shou Lian dari Sony Singapura menerangkan kehebatan TV Sony Bravia 4K.

Menurut Chong, turut menjadi fokus pada pengenalan televisyen terbaru BRAVIA adalah model di bawah siri X dan siri W yang mempunyai ketebalan bermula hanya 4.9mm sahaja yakni lebih nipis berbanding beberapa telefon pintar di pasaran hari ini.

Dari segi perisian, BRAVIA 2016 yang diperkenalkan itu dilengkapi dengan sokongan Android 6.0 Marshmallow membolehkan para pengguna mengintegrasikan TV berkenaan dengan peranti pintar dan melayari kandungan melalui Google Cast, selain turut membuat carian berasaskan suara melalui fungsi Google Voice Search.

Pengguna juga boleh menggunakan sejumlah aplikasi daripada Play Store, malah siri X93D ini tersedia dengan aplikasi Youtube, dan Netflix yang akan memberikan kesenangan dan hiburan kepada para pengguna.

ARTIKEL YANG SAMA