Sony perkenal Xperia Z3+Dual

Sony perkenal Xperia Z3+Dual

PETALING JAYA, 31 Julai – Sony Mobile Communications (Sony Mobile) baru-baru ini melancarkan satu tambahan premium kepada telefon pintar siri Xperia Z3 dengan Xperia Z3+ Dual, telefon pintar premium dua SIM yang nipis dan canggih di pasaran Malaysia.

Xperia Z3+ Dual membantu anda mendapatkan gambar terbaik dengan teknologi kamera lebih unggul Sony yang kini dimuatkan dalam kamera utama dan depan. Stamina dan prestasi bateri telefon pintar yang hebat membolehkan anda berkomunikasi lebih cepat dan lebih lama, sama ada untuk kerja atau rekreasi. Reka bentuk Sony yang kalis air dan unik memastikan anda boleh melakukannya, dalam apa cuaca sekalipun.

Lebih nipis (6.9mm), lebih ringan (144g) dan direka dengan penuh kemahiran, Xperia Z3+ Dual meneruskan reka bentuk Sony dengan peningkatan yang mengagumkan. Bukan sahaja ia kalis air dan sesuai digunakan dalam semua situasi, sebagai peningkatan reka bentuk selanjutnya, Z3+ Dual memaparkan pangkalan USB tanpa penutup sekali gus menjadikannya lebih mudah dan lebih senang untuk mengecaj telefon anda.

Xperia Z3+ Dual yang dilancarkan baru-baru ini.
Xperia Z3+ Dual yang dilancarkan baru-baru ini.

Kamera utama memaparkan kamera 20.7MP dengan Exmor RS untuk sensor gambar peranti, BIONZ untuk enjin pemprosesan peranti, dan kanta 25mm G. Menghasilkan gambar terbaik untuk kali pertama, setiap kali, dengan Superior Auto, ia secara automatik mengoptimumkan latar atau setting untuk memberikan anda gambar terbaik mungkin dan boleh mengenal pasti sehingga 52 latar berlainan.

Xperia Z3+ Dual datang bersama pemproses Snapdragon 810 octa-core 64 bit yang membenarkan anda menyemak imbas lebih cepat berbanding sebelumnya dan mendapatkan pengalaman grafik optimum. Sama ada anda melakukan pelbagai tugas di Wi-Fi atau rangkaian 4G terbaru, Xperia Z3 +Dual memberikan kelajuan yang diperlukan oleh anda.

Xperia Z3+ Dual memperlihatkan paparan mudah suai pintar HD penuh 5.2” yang menyediakan kontras dan kecerahan yang lebih serta berdaya tahan. Paparan TRILUMINOS Sony untuk peranti dengan Life Colour LED dan X-Reality untuk peranti memastikan warna yang lebih jelas dan lebih terang. Peningkatan kontras intuitif memberikan pengalaman melihat yang optimum, walaupun dalam cahaya matahari yang cerah.

ARTIKEL YANG SAMA