Sony tampil siri TV nipis, imej terbaik

Sony tampil siri TV nipis, imej terbaik

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Televisyen 4K LCD BRAVIATM keluaran Sony yang diumumkan awal tahun ini semasa pameran CES 2015, kini boleh didapati di Malaysia.

Sony turut mengatakan mereka melengkapkan televisyen ini dengan cip pemprosesan khusus daripada mereka, dinamakan sebagai 4K Processor X1 yang memberi paparan lebih jelas dan terang jikalau dibandingkan dengan pesaing lain di pasaran.

Turut menjadi fokus pada pengenalan televisyen baru BRAVIA ini adalah model di bawah siri X900C yang membawakan ketebalan hanya 4.9-mm sahaja – yang menjadikannya jenis televisyen Sony paling nipis dengan tonton sisi ke sisi.

Melalui siri Android TV di bawah keluarga BRAVIA mereka menawarkan model-model baru pada saiz bermula 43-inci sehingga sebesar 75-inci.

Sebagai peneraju industri dalam kualiti gambar 4K, komitmen Sony untuk memajukan teknologi untuk meningkatkan pengalaman menonton diperlihatkan dengan barisan model ini.

Antara siri televisyen BRAVIA keluaran Sony.
Antara siri televisyen BRAVIA keluaran Sony.

Digabungkan dengan teknologi canggih algoritma 4K X-RealityTM , televisyen-televisyen ini akan menganalisis dan meningkat kepada peleraian 4K, yang membawakan kualiti imej terbaik tanpa mengira sumber imej.

Dengan skrin yang menyediakan peleraian 4K 3,840 x 2,160, produk ini juga memasukkan TRILUMINOS TM untuk dengan tepat menghasilkan semula cahaya warna merah, hijau dan biru akua.

Warna-warna nampak hidup di skrin dalam julat warna paling luas dan pembetulan warna dinamik memastikan warna-warna adalah konsisten dan setepat yang pada setiap masa. Seterusnya meningkatkan kualiti gambar, televisyen-televisyen ini juga dilengkapi dengan penambahan kontras X-tended Dynamic RangeTM untuk memberikan LEAD paling terang.

Dari segi perisian, BRAVIA 2015 yang diperkenalkan ini dilengkapi dengan sokongan Android TV, membolehkan para pengguna menikmati integrasi dengan peranti pintar dan menikmati kandungan melalui Google Cast, selain turut membuat carian berasaskan suara melalui fungsi Google Voice Search. Pengguna turut boleh menikmati sejumlah aplikasi daripada Play Store. Fungsi Google Play Movies masih tidak diaktifkan lagi pada siri televisyen ini memandangkan Google masih tidak menyokong pasaran tempatan untuknya.

Begitu juga, siri-siri Full HD W (W800C dan W850C) serta siri R, turut menambah nilai sebenar pengalaman tontonan anda. Dengan ciri-ciri kualiti gambar sensasi Full HD dan begitu nipis, model-model baru adalah bentuk penting kemewahan rumah anda.

Siri-siri W BRAVIATM yang nipis dan pintar muncul dengan saiz dari 32 hingga 65 inci, yang memberikan anda lebih banyak pilihan untuk memilih saiz ideal untuk rumah anda. Model-model ini membolehkan anda menikmati pengalaman TV lebih pintar dengan kemudahan lancar dan intuitif ke dunia aplikasi, permainan, filem, video Internet dan banyak lagi yang menyeronokkan. Dengan kaedah pembelajaran 20 tahun yang diambil dari algoritma peningkatan kualiti gambar, kualiti gambar X-RealityTM PRO dan membuatkan visual nampak begitu realistik di skrin, anda akan merasakan seolah-olah anda melihat objek sebenar.