Sopita hadiahkan emas buat Thailand

Sopita hadiahkan emas buat Thailand

RIO DE JANEIRO, 7 Ogos – Atlet angkat berat wanita Thailand, Sopita Tanasan memenangi pingat emas pada penampilan pertama Olimpik selepas menguasai saingan kategori 48 kilogram, hari ini.

Sopita, 21, mengangkat bebanan seberat 92 kilogram dalam acara snatch dan 108 kilogram untuk clean dan jerk, keseluruhan 200 kilogram bagi memenangi emas pertama dalam sukan angkat berat Olimpik Rio 2016.

Dia yang kebiasaannya beraksi dalam kategori 53 kilogram menggunakan segala kelebihan dimiliki terutama selepas penarikan diri pilihan utama daripada China, Hou Zhihui yang mengalami kecederaan seminggu sebelum temasya bermula.

Atlet berketinggian 1.55 meter itu mengangkat bebanan lebih 8 kilogram bagi mengatasi pemenang perak, Sri Wahyuni Agustiani dari Indonesia manakala atlet Jepun, Hiromi Mayake membawa pulang gangsa dengan keseluruhan angkatan berjumlah 188 kilogram.

Sopita adalah atlet angkat berat wanita keempat dari Thailand yang memenangi emas Olimpik. – AFP

Sopita Tanasan ketika beraksi pada penampilan pertama Olimpik selepas menguasai saingan kategori 48 kilogram. – AFP
Sopita Tanasan ketika beraksi pada penampilan pertama Olimpik selepas menguasai saingan kategori 48 kilogram. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA