Sorok dadah dalam kumbahan

Sorok dadah dalam kumbahan

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 23 Mei – Perbuatan seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan yang cuba menyorokan dadah jenis syabu di dalam lubang kumbahan di belakang rumahnya memakan diri apabila tindakannya itu terbongkar di sini pagi semalam.

Suspek berusia 38, dari Jalan Pandaruan ditahan sepasukan polis dari Jabaan Siastan Jenayah Narkotik Limbang dalam satu serbuan yang dijalankan di Kampung Pahlawan sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika mendedahkan perkara itu menambah suspek enggan membuka pintu ketika anggotanya memperkenalkan diri untuk melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan dalam rumah dan tubuh badan suspek tidak menjumpai dadah ketika pintu kemudiannya dibuka suspek.

“Bagaimanapun anggota polis menemui lokasi tempat sisa kumbahan dalam keadaan tertutup di belakang rumah suspek dan menjumpai tiga keratan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah,”katanya kepada media semalam.

Beliau memberitahu suspek yang tiada kes lampau juga negatif dadah hasil ujian saringan awal yang dijalankan ke atasnya.

Suspek yang bekerja dalam jabatan kerajaan hampir 10 tahun ditahan dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.