Sos Teriyaki Halal diperkenal

Sos Teriyaki Halal diperkenal

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Syarikat Aliaa Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat Nippon Shokken, Jepun hari ini telah memperkenalkan produk terbarunya di negara ini iaitu Sos Halal Teriyaki, bertempat di Supa Save, Mata-Mata Gadong.

Menurut Penolong Pengarah Pemasaran Nippon Shokken Cawangan Singapura, Sho Kawaida, sos berkenaan adalah satu-satunya produk Nippon Shokken yang diiktiraf halal dan selamat digunakan di negara-negara Islam terutama di negara ini. Memandangkan permintaan produk halal di negara ini sangat tinggi, syarikat tersebut telah berusaha dengan sedaya upaya bagi mendapatkan pengiktirafan untuk mempromosikan produk berkenaan.

Beliau dalam pada itu juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Aliaa Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal bagi produk berkenaan dan berharap produk tersebut akan mendapat sambutan.

Sho Kawaida juga berkata, setakat ini hanya Sos Teriyaki yang dibawa masuk dan memiliki pengiktirafan halal. Manakala produk yang lain masih dalam perancangan untuk dikeluarkan, jika produk pertama ini mendapat sambutan yang baik. Sos Teriyaki Halal, Nippon Shokken akan dijual bermula hari ini di Pasar raya Supa Save, Mata-Mata Gadong dan akan dilaratkan ke pasaraya-pasaraya di seluruh negara.

Sho Kawaida ketika menerangkan mengenai sos halal berkenaan.
Sho Kawaida ketika menerangkan mengenai sos halal berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA