Sosro perisa baru dilancarkan

Sosro perisa baru dilancarkan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – PT Sinar Sosro, pengeluar minuman teh berperisa buah Sosro yang terkenal dari Indonesia, bersama rakan kongsinya Syarikat Rajamas Bersama (Brunei) selaku pengedar tunggal jenama minuman Sosro di Brunei telah melancarkan minuman Sosro Fruit Tea berperisa ‘Lemon’ terbaru di sini, hari ini.

Brunei Darussalam telah dipilih sebagai tempat pelancaran perisa terbaru minuman terkenal itu kerana ramai rakyat negara ini meminati perisa ‘lemon’ dibandingkan dengan negara-negara luar yang lain.

Pelancaran perisa baru dalam majlis yang berlangsung di The Mall, Gadong telah disempurnakan oleh Duta Besar Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Nurul Qomar selaku tetamu kehormat, bersama Pengarah Antarabangsa Pengurusan Sosro, Setiawan Tanudjaja; Naib Pengarah Pemasaran, Ronny Jatnika; Pengurus Besar PT Sinar Sosro, Sylvia Kurnia; Pemilik Syarikat Rajamas Bersama, KH Lau; dan Pengurus Besar Syarikat Rajamas Bersama, Alan Lau.

Duta Besar Indonesia, dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, Indonesia kini berada di kedudukan ke-7 dalam senarai pengeluar teh terbesar di dunia.

Nurul Qomar bersama Setiawan Tanudjaja, Ronny Jatnika (kiri), Sylvia Kurnia(dua dari kanan), KH Lau (tiga dari kiri) dan Alan Lau (kanan) semasa melancarkan minuman perisa baru Sosro.
Nurul Qomar bersama Setiawan Tanudjaja, Ronny Jatnika (kiri), Sylvia Kurnia(dua dari kanan), KH Lau (tiga dari kiri) dan Alan Lau (kanan) semasa melancarkan minuman perisa baru Sosro.
Kereta Mazda sebagai hadiah utama promosi cabutan bertuah yang bermula 1 Oktober hingga 31 Mac.
Kereta Mazda sebagai hadiah utama promosi cabutan bertuah yang bermula 1 Oktober hingga 31 Mac.

“Wilayah yang menghasilkan sebahagian besar produk teh Indonesia adalah Jawa Barat, Jawa Tengah dan Sumatera Utara. Hampir separuh daripada pengeluaran teh Indonesia dieksport.”

Beliau juga menyarankan PT Sinar Sosro supaya sentiasa mempertimbangkan menghasilkan produk baru dengan rasa tempatan, seperti teh berperisa kasturi.

Manakala itu, Sylvia Kurnia pula melahirkan perasaan bangga kerana Sosro Fruit Tea telah wujud di Brunei sejak 20 tahun yang lalu dan telah menjadi minuman yang diminati dalam kalangan rakyat Brunei.

“Kami telah mencipta minuman yang menggabungkan perisa buah-buahan yang lazat dengan rasa teh yang tulen. Dengan Sosro Fruit Tea dan perisanya ‘Freeze’,’Strawberry’, ‘Apple’, ‘Blackcurrant’, ‘Guava’ dan sekarang ‘Lemon’, rakyat Brunei dapat mencari rasa yang ideal mereka untuk melengkapi gaya hidup mereka yang dinamik,” ujarnya. Majlis pelancaran berkenaan turut menyaksikan pengumuman promosi cabutan bertuah dengan menawarkan sebuah kereta Mazda sebagai hadiah utamanya.

Promosi ini bermula 1 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017, di mana para pelanggan cuma perlu membeli mana-mana pek Sosro Fruit Tea atau Teh Botol.

Selain itu, para pelanggan juga berpeluang memenangi iPhone 7 dengan mengikuti Pertandingan Foto Terbaik.

Bagi mengikutinya, para pelanggan perlu ‘Like’ di Facebook Sosrofruitteabn dan ikuti Instagram Sosrobn. Kemudian pelanggan boleh memuat naik gambar terbaik mereka bersama Sosro Fruit Tea perisa Lemon dengan kapsyen kreatif serta dimasukkan juga ‘Sosro Fruit Tea Lemon Best Photo Contest’ dan hashtag #ilovesosrobn.

ARTIKEL YANG SAMA