Sounders benam Dallas

Sounders benam Dallas

SEATTLE, 14 Julai – Clint Dempsey, Andreas Ivanschitz dan Jordan Morris menjaringkan gol dalam jangka masa 15 minit separuh masa pertama apabila Seattle Sounders menumpaskan FC Dallas 5-0 dalam aksi MLS semalam, setelah empat perlawanan tanpa meraih kemenangan.

Joevin Jones dan Cristian Roldan menambah gol separuh masa kedua bagi Sounders, yang memulai malam itu dengan lima kemenangan daripada 17 perlawanan dan jumlah gol paling rendah dalam liga itu.

Dempsey menjaringkan gol dalam minit keenam apabila menyudahkan tendangan penalti mengatasi penjaga gol Chris Seitz bagi gol ketiganya tahun ini. Penalti diberikan apabila bola terkena tangan pemain pertahanan Maynor Figueroa di luar kotak dan pengadil menayangkan kad merah.

Seattle menjaringkan gol di tempat sendiri sejak kemenangan 2-0 menentang San Jose pada 7 Mei lalu. Ivanschitz menambah pendahuluan kepada 2-0 dalam minit ke 18 dengan gol ketiganya musim ini dan Morris menambah gol empat minit kemudian.

Jones menjaringkan gol dalam minit ke-61, diikuti dengan Roldan pada minit ke-73. Seattle juga bermain 10 orang hingga tamat permainan selepas Dempsey diarah keluar padang dalam minit ke-34.

Dempsey (dua kiri) menyaksikan rembatannya membolosi gawang Los Angeles Galaxy dalam aksi MLS di Seattle, 9 Julai lalu. Dempsey juga menjaringkan gol semasa pasukannya Seattle Sounders menumpaskan FC Dallas 5-0 semalam, setelah melalui empat perlawanan tanpa meraih kemenangan. – AP
Dempsey (dua kiri) menyaksikan rembatannya membolosi gawang Los Angeles Galaxy dalam aksi MLS di Seattle, 9 Julai lalu. Dempsey juga menjaringkan gol semasa pasukannya Seattle Sounders menumpaskan FC Dallas 5-0 semalam, setelah melalui empat perlawanan tanpa meraih kemenangan. – AP

Dalam perlawanan lain, Vancouver menang 2-0 ke atas Real Salt Lake, New York Red Bulls menumpaskan Orlando 2-0, perlawanan antara Montreal-Portland dan Toronto-Columbus berakhir dengan seri 1-1 dan Chicago menumpaskan Sporting Kansas City 1-0.

Di Portland, Jack Mclnerney menjaringkan gol kelimanya pada musim ini untuk menciptakan pendahuluan 1-0 dalam minit ke-14 tetapi Igancio Piatti menyamakan kedudukan untuk Montreal sejurus sebelum separuh masa kedua – golnya yang ke-11 musim ini. Pasukan Timbers mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan permainan, manakala Montreal belum pernah ditumpaskan dalam enam perlawanan.

Connor Lade dan Felipe menjaringkan gol bagi Red Bulls, apabila menamatkan empat permainan tanpa kemenangan, dan Michael de Leeuw menjaringkan gol pada minit ke-19 dalam permulaan pertamanya dalam MLS bagi Chicago.

Di Vancouver, White Caps menjaringkan dua kali dalam tempoh empat minit dan gawangnya tidak dibolosi dalam 11 perlawanan. Cristian Techera menjaringkan gol dalam minit ke-37, tiga minit selepas gol sendiri Real Salt Lake dalam separuh masa pertama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA