Souness gesa Rangers, Barton selesai perbezaan

Souness gesa Rangers, Barton selesai perbezaan

LONDON, 27 Sept – Bekas pengurus Rangers Graeme Souness mahu gergasi Scotland itu menyelesaikan perbezaan dengan pemain mereka, Joey Barton.

Barton ketika ini dipinggirkan susulan pertelingkahan dengan pengurus Mark Warburton dan rakan sepasukan Andy Halliday selepas tewas 5-1 kelab itu kepada Celtic pada aksi tetangga Glasgow.

Kekalahan 2-1 kepada Aberdeen pada minggu lalu – sekali lagi tanpa khidmat Barton – bermakna Rangers kini hanya mengumpul sembilan mata daripada tujuh perlawanan liga musim ini.

Barton menegaskan dia tidak mahu meninggalkan Ibrox dan bekas pemain kebangsaan Scotland, Souness menggesa Rangers supaya jangan memaksa Barton meninggalkan kelab itu. – AFP