Sousa: Lupakan masa lalu Juve

Sousa: Lupakan masa lalu Juve

MILAN, 23 Jun (AFP) – Jurulatih Fiorentina Paulo Sousa meminta para peminat kelab itu untuk melupakan masa lalunya dengan pesaing yang dibenci Juventus ketika dia diperkenalkan oleh kelab Serie A itu semalam.

Berita mengenai pelantikan Sousa mencetuskan grafiti di jalan-jalan Florence dengan sebahagian peminat menentang hubungannya bersama Juventus – salah satu daripada musuh ketat Fiorentina.

Tetapi Sousa, yang menyertai kelab itu selepas semusim membimbing FC Basel, berkata satu–satunya tujuannya adalah untuk meninggalkan peminat dengan memeori yang bagus ketika membimbing.

“Saya faham sebahagian peminat mengingati saya kerana berada di Juventus tetapi saya mahu mereka untuk mengingati saya bagi tugasan yang saya lakukan di Florence dan mencapai keputusan yang cemerlang,” kata Sousa.

“Saya gembira dengan kelab membuat keputusan untuk meletakkan kepercayaan terhadap saya. Saya selalu percaya saya jurulatih yang tepat bagi projek ini, dan saya akan melakukan segalanya untuk membalas kepercayaan itu.”

Sousa, 44, menggantikan Vincenzo Montella, yang dipecat pada akhir musim ini kerana apa dikatakan kelab sebagai ‘kurang hormat’.

Montella dikhabarkan akan meninggalkan Fiorentina buat beberapa ketika dan selepas membawa La Viola ke penyudah tangga keempat dan layak bagi Liga Europa, dia masih dengan komitmennya kepada kelab itu.

Setelah dua tahun melatih di England dan Wales di antara 2008-2010 bersama Queens Park Rangers, Swansea City dan Leicester City, Sousa terus melatih Videoton di Hungary (2011-2013) sebelum membawa Maccabi Tel Aviv menjulang gelaran liga Israel pada 2014.

Dia menyertai FC Basel dengan kontrak tiga tahun musim lalu, membawa gergasi Switzerland itu ke gelaran Liga Super sebelum diberikan peluang untuk kembali ke Itali, di mana dia beraksi bersama Juventus sebagai midfield pada 1994-1996.

ARTIKEL YANG SAMA