South African Airways dibelenggu masalah ekonomi

South African Airways dibelenggu masalah ekonomi

JOHANNESBURG, 18 Sept – Hutang bertimbun, kerugian besar dan bos yang dikritik.

Bagi kebanyakan orang, masalah yang membelenggu South African Airways (SAA), syarikat penerbangan milik kerajaan, melambangkan isu yang menghambat kerajaan Presiden Jacob Zuma dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur asing.

SAA “hampir-hampir mengalami krisis,” kata ketua parti pembangkang Perikatan Demokratik (DA), dalam satu ringkasan mengenai situasi pada minggu ini.

Syarikat penerbangan itu sedang menghadapi “cabaran serius, termasuk pentadbiran dan kesukaran kewangam” menurut Menteri Kewangan Pravin Gordhan, yang berkata tanpa sokongan kerajaan SAA tidak mampu bayar dari segi teknikal. – AFP

Gambar fail 25 Mei 2010 menunjukkan penerbangan South African Airways berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Johannesburg O.R Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan. - AFP
Gambar fail 25 Mei 2010 menunjukkan penerbangan South African Airways berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Johannesburg O.R Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA