Southampton perlu ubah disiplin

Southampton perlu ubah disiplin

LONDON, 4 Jan (Reuters) – Southampton perlu “menukar beberapa perkara berkaitan disiplin” dan membaiki fokus mereka jika mahu mengelakkan daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana musim ini, kata pengurusnya, Ronald Koeman.

The Saints jatuh ke kedudukan ke-13 susulan kekalahan 1-0 kepada Norwich kelmarin selepas Victor Wanyama dibuang padang akibat melakukan tindakan berbahaya pada babak kedua, sementara pemain tengah Senegal, Sadio Mane tidak disenaraikan kerana tidak menyertai satu pra-perlawanan.

Pasukan Koeman itu tewas dalam enam daripada lapan pertemuan liga dengan hanya tujuh mata daripada zon penyingkiran dan pengurus dari Belanda itu bimbang yang mereka kini berada dalam “situasi sukar”.

“Kami perlu mengubah beberapa perkara berkaitan disiplin kerana kami perlu lebih fokus. Jika anda tidak memberi tumpuan, saya tidak boleh menguruskan seorang pemain,” kata Koeman.

“Ia adalah situasi paling sukar sehingga kini. Pada masa ini kami perlu untuk kekal bersatu.

“Itu adalah apa yang saya jangkakan dan itu bukanlah apa yang kami pamerkan (semasa menentang Norwich) kerana ia adalah bertentangan dengan mesej yang hendak disampaikan.”

Southampton bakal bertemu Crystal Palace dalam pusingan ketiga Piala FA pada Sabtu ini disusuli perlawanan di tempat sendiri menentang Watford dan West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana, semuanya dalam tempoh tujuh hari.

ARTIKEL YANG SAMA