Southampton raih kemenangan sulung

Southampton raih kemenangan sulung

SOUTHAMPTON, United Kingdom, 31 Ogos (AFP) – Dusan Tadic menjaringkan gol pantas semasa Southampton menewaskan Norwich City, yang beraksi dengan 10 pemain, 3-0 di St Mary semalam untuk melakar kemenangan pertama kempen Liga Perdana.

Tujuh musim lalu, Southampton yang dikendalikan Ronald Koeman mencatatkan dua seri dan tewas sekali dalam tiga perlawanan pertama, tetapi kemenangan tersebut membawa mereka ke tengah liga, satu mata di depan Norwich.

Selepas pertahanan Norwich, Steven Whittaker diarah meninggalkan padang untuk kad kuning kedua, Graziano Pelle membuka jaringan pada penamat separuh masa pertama dan pemain Sayap dari Serbia, Tadic menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Inilah kali pertama pengurus Norwich, Alex Neil, 34, mengalami kekalahan dalam perlawanan liga sejak pelantikannya Januari lalu. Dengan tiga pertukaran kepada pasukan yang tersingkir daripada Liga Europa oleh juara Denmark, FC Midtjylland Khamis lalu, Southampton dengan segera mengatasi lawan mereka.

Dusan Tadic menjaringkan gol ketiga Southampton semasa menentang Norwich City di Stadium St. Mary semalam. – Reuters
Dusan Tadic menjaringkan gol ketiga Southampton semasa menentang Norwich City di Stadium St. Mary semalam. – Reuters

James Ward-Prowse meletakkan penjaga gol Norwich, John Ruddy dalam bahaya dengan sepakan percuma berbahaya pada minit kedua, sementara tandukan Pelle pula tersasar, dengan Sadio Mane menyaksikan sepakannya berjaya didakap kemas Ruddy dan rembatan lain Tadic tersasar.

Cameron Jerome melepaskan peluang untuk meletakkan Norwich di depan apabila tidak berjaya mendapatkan hantaran lintang Graham Dorrans dan pada minit ke-31, sekali gus menjejaskan peluang pasukan pelawat ditambah lagi dengan penyingkiran Whittaker.

Setelah menerima amaran kerana menghalang Matt Targett daripada mendapatkan lontaran pantas, pemain antarabangsa Scotland itu dilayangkan kad kuning kedua kerana menarik Tadic di belakang.

Neil menukar permainan dengan menurunkan pertahanan Andre Wisdom untuk menggantikan Wes Hoolahan, tetapi harapan pasukannya untuk bertahan sehingga separuh masa pertama terjejas pada akhir minit separuh masa pertama.