Southern Airlines beli 10 pesawat Airbus

Southern Airlines beli 10 pesawat Airbus

BEIJING, 23 Dis (AFP) – Southern Airlines China mengumumkan hari ini ia akan membeli 10 pesawat udara bernilai AS$2.27 bilion dari syarikat gergasi Airbus Eropah, ketika rakyat China ramai yang menggunakan perjalanan udara sekali gus menyangkal pertumbuhan ekonomi perlahan.

Pengangkutan itu, salah satu ‘ketiga besar’ China dengan armada terbesar dalam saiznya, akan mengambil penghantaran jet A330-300 antara 2017 dan 2019, katanya dalam satu kenyataan kepada bursa saham Shanghai.

Ia adalah pembelian kedua terbesar syarikat itu bulan ini diikuti tempahan AS$10 bilion bagi 110 buah pesawat dari Boeing.

China, ekonomi kedua terbesar di dunia, adalah pembeli pesawat udara terbesar Asia ketika kelas pertengahan yang semakin meningkat memilih perjalanan udara dalam bilangan yang ramai.

Pada awal bulan ini, pengangkutan bajet China, Spring Airlines mengumumkan rancangan untuk membeli 60 buah pesawat udara dari Airbus bernilai AS$6.3 bilion pada senarai harga.

ARTIKEL YANG SAMA