Southgate bos baru England

Southgate bos baru England

LONDON, 30 Nov – Gareth Southgate diumumkan secara rasmi sebagai pengurus England yang baru oleh ketua-ketua Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) hari ini, menurut laporan media British.

Southgate membimbing secara sementara sejak menggantikan Sam Allardyce pada September lalu selepas dipaksa meninggalkan jawatan itu hanya 67 hari mengendalikan pasukan itu berikutan penyiasatan Daily Telegraph terhadap rasuah dalam bola sepak.

Southgate, 46, menjelaskan dia mahukan jawatan itu meskipun kekurangan kualiti yang ada pada calon-calon lain, dipercayai sudah melakukan yang secukupnya ketika empat perlawanan kendaliannya untuk meyakinkan FA menyerahkannya jawatan itu secara tetap.

Kedudukan Southgate telah disahkan ketika mesyuarat lembaga FA hari ini, setelah mendapat persetujuan oleh ahli-ahli FA.

Bekas bos pasukan Middlesbrough itu, yang akan menjadi pengurus ketiga England tahun ini berikutan pelepasan Roy Hodgson dan Allardyce, bercakap kepada panel lima ahli di St George Park pada Isnin lalu selepas menamatkan kendalian sementaranya.

Gareth Southgate telah sah diumumkan sebagai pengurus baru England semalam. – AP
Gareth Southgate telah sah diumumkan sebagai pengurus baru England semalam. – AP

Pengerusi FA, Greg Clarke, ketua eksekutif Martin Glenn, pengarah teknikal Dan Ahworth, bekas pemain England, Graeme Le Soux dan pengerusi Persekutuan Pengurus-Pengurus Liga, Howard Wilkinson semuanya terlibat.

Ia dianggap sebagai temu bual di mana menumpukan perbincangan mengenai visi Southagate terhadap pasukan England.

Glenn sebelumnya mengesahkan Southgate berada di kedudukan kukuh dan bekas pemain pertahanan England itu mahukan jawatan tersebut.

Ketika kendalian sementaranya, Southgate terpaksa berurusan dengan kontroversi, gambar kapten Wayne Rooney bercampur dengan tetamu di sebuah hotel di mana pasukan England berpangkalan ketika masa luangnya berikutan kemenangan kelayakan Piala Dunia 3-0 ke atas Scotland.

Akhbar-akhbar melaporkan kapten tersebut dalam keadaan mabuk dan membuat kemunculan yang tidak berjadual pada majlis perkahwinan, dengan ketua eksekutif, Glenn menjanjikan penyiasatan terhadap kelakuan semua pemain dan kaki tangan ketika masa luang mereka.

Southgate belum pernah tewas dalam empat perlawanan, memenangi dua dan seri dua kali, termasuk kemenangan bulan ini ke atas Scotland yang menyaksikan pasukan teratas Kumpulan F, England, ketika mereka berusaha untuk mara ke Piala Dunia 2018. – AFP