Southgate kekal rentak kemenangan England

Southgate kekal rentak kemenangan England

LONDON, 9 Okt – Gol babak pertama jaringan Daniel Sturridge dan Dele Alli memberikan kemenangan 2-0 England ke atas pasukan kerdil Malta awal pagi tadi. Perlawanan kelayakan Piala Dunia itu adalah yang pertama di bawah kendalian pengendali sementara Gareth Southgate yang menggantikan Sam Allardyce.

Sturridge dan Alli meletakkan England dalam kedudukan selesa di babak pertama perlawanan yang berlangsung di Wembley itu, tetapi England gagal menambah jaringan walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan.

“Saya rasa pada babak pertama kami bermain dengan baik. Kami mampu dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol,” kata Southgate, yang skuad kendaliannya diejek oleh sekumpulan penyokong selepas tamat perlawanan.

“Penjaga gol mereka banyak menyelamatkan keadaan dan saya rasa pemain-pemain kami cuba mengelak kecederaan di babak kedua.

Dele ketika menjaringkan gol ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F antara England dan Malta di Stadium Wembley di London. – AP
Dele ketika menjaringkan gol ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F antara England dan Malta di Stadium Wembley di London. – AP

“Kami terlepas beberapa peluang baik, tetapi dengan situasi yang kami hadapi sejak 10 hari lalu, saya gembira dengan keputusan ini.”

Southgate, yang menurunkan pemain sayap Manchester United Jesse Lingard buat kali pertama, turut kehilangan bek kiri Ryan Bertrand akibat kecederaan.

Bek kiri Arsenal Kieran Gibbs akan menggantikan Bertrand bagi perlawanan seterusnya dalam Kumpulan F di Slovenia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA