Soyuz2.1 akhirnya berlepas

Soyuz2.1 akhirnya berlepas

VOSTOCHNY, Rusia, 28 April – Cosmodrome Vostochny baru Rusia melancarkan roket pertamanya hari ini, menurut agensi angkasa lepas Roscosmos, selepas penangguhan di saat-saat akhir sehari sebelumnya yang mengakibatkan Presiden Vladimir Putin mengkritik para pegawai program.

Pelancaran itu adalah berita baik bagi sektor angkasa lepas Rusia yang bermasalah, dengan cosmodrome baru akan menandakan kelahiran semula sebuah industri yang dibelenggu oleh siri-siri keaiban dalam beberapa tahun kebelakangan.

Soyuz2.1, sebuah roket yang membawa tiga satelit berlepas pada pukul 11:01 pagi waktu tempatan, menurut agensi angkasa lepas kebangsaan dalam satu kenyataan, selepas pengiraan secara automatik terhenti kerana alasan teknikal 24 jam sebelumnya.

“Pelancaran roket dilancarkan dengan jayanya. Kesemua ketiga-tiga satelit kini dalam orbit,” Roscosmos berkata dalam satu kenyataan.

Televisyen Rusia menunjukkan Soyuz 2.1 berlepas ke langit biru di tengah angin lembut, meskipun pertubuhan media asing termasuklah AFP tidak dibenarkan memasuki pusat angkasa lepas baru itu. Putin hadir bagi pelancaran itu, setelah membuat perjalanan ke timur jauh Rusia untuk menyaksikan percubaan pertama pelancaran.

Roket Soyuz 2.1 Rusia yang membawa satelit Lomonosov, Aist-2D dan Samsat-218 berlepas dari kawasan pelancaran di Cosmodrome Vostochny baru di luar bandar Uglegorsk Kelmarin. - AFP
Roket Soyuz 2.1 Rusia yang membawa satelit Lomonosov, Aist-2D dan Samsat-218 berlepas dari kawasan pelancaran di Cosmodrome Vostochny baru di luar bandar Uglegorsk Kelmarin. – AFP

”Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kamu. Kita boleh berbangga. Semalam pihak teknikal telah diuji dan pelancaran terpaksa dihentikan, tetapi itu sering berlaku. – AFP