SP Satu Yunait-Ideu tewaskan CP2

SP Satu Yunait-Ideu tewaskan CP2

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Perlawanan Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan Tahun 2015-2016, menyaksikan Pasukan SP Satu Yunait-Ideu berjaya menewaskan CP2 3-0, sekaligus mendahului carta liga dengan jumlah keseluruhan 10 mata dalam empat perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung hari ini di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas itu memperlihatkan SP Satu Yunait-Ideu telah mendahului perlawanan sejak di separuh masa pertama lagi iaitu pada minit ke-17, hasil jaringan pemain penyerang mereka, Awang Muhd Raimi bin Rappar.

Pada minit ke-12 di separuh masa kedua, Awang Muhd Raimi terus mengukuhkan kedudukan pasukannya dengan mencetak gol kedua setelah menerima hantaran daripada Ketua Pasukan SP Satu Yunait-Ideu, Haji Mohd Sofian bin Haji Amit.

Tiga minit kemudian, SP Satu Yunait-Ideu sekali lagi menembusi gawang CP2 hasil jaringan Awang Mashairol Rizal bin Ibrahim, menjadikan kedudukan berkesudahan 3-0 hingga wisel dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Mashairol Rizal ketika membuat serangan sebelum menjaringkan golnya.
Mashairol Rizal ketika membuat serangan sebelum menjaringkan golnya.
Sesi bergambar ramai selepas tamat perlawanan antara SP Satu Yunait-Ideu (jersi merah) dengan CP2 (jersi biru).
Sesi bergambar ramai selepas tamat perlawanan antara SP Satu Yunait-Ideu (jersi merah) dengan CP2 (jersi biru).

Perlawanan seterusnya ialah di antara SPS United menentang City Hall pada hari Jumaat depan, 19 Februari, pada jam 4:30 petang, di tempat yang sama.

City Hall yang sebelum ini mendahului carta liga, kini berada di tangga kedua dengan sembilan mata dalam tiga perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA