SP Satu Yunait-Ideu tewaskan SPS United 2-0

SP Satu Yunait-Ideu tewaskan SPS United 2-0

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan diteruskan lagi hari ini dengan perlawanan SPS United menentang SP Satu Yunait-Ideu di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas yang berkesudahan 2-0 berpihak kepada SP Satu Yunait-Ideu.

Ini merupakan kemenangan pertama buat SP Satu Yunait-Ideu dan kekalahan kali kedua berturut-turut buat SPS United yang sebelum ini tewas menentang PTC FT pada 15 Disember lalu.

Pada separuh masa pertama, tiada sebarang gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel separuh masa tamat dibunyikan oleh pengadil.

Aksi cemas di dalam petak D Pasukan SPS United (baju Oren).
Aksi cemas di dalam petak D Pasukan SPS United (baju Oren).
Pemain hadapan Pasukan SP Satu Yunait-Ideu dikerumuni pemain-pemain pertahanan SPS United.
Pemain hadapan Pasukan SP Satu Yunait-Ideu dikerumuni pemain-pemain pertahanan SPS United.

Namun semangat pemain-pemain SP Satu Yunait-Ideu yang tidak mahu mengulangi kesudahan perlawanan dengan keputusan seri telah menghasilkan gol 10 minit sebelum separuh masa kedua tamat hasil jaringan Awang Masairol Rizal bin Ibrahim di minit ke-50.

Awang Masairol Rizal sekali lagi membolosi gawang SPS United dua minit sebelum masa perlawanan tamat iaitu pada minit ke-58 bagi mengukuhkan lagi pendahuluan mereka.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Ahad ini, 27 Disember, pada jam 4:30 petang yang juga akan berlangsung di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA