S&P ubah prospek EU stabil ke negatif

S&P ubah prospek EU stabil ke negatif

NEW YORK, 5 Ogos (AFP) – Standard & Poor’s telah mengubah prospek Kesatuan Eropah (EU) daripada stabil kepada negatif selepas sokongan blok terhadap Greece dan ekoran keputusan Britain untuk mengundi meninggalkan EU, lapor S&P semalam.

Keputusan itu bermakna agensi pemeringkatan AS mungkin mengurangkan gred Kesatuan Eropah – sekarang pada AA+ – dalam tempoh dua tahun akan datang. “Penggunaan kunci kira-kira oleh EU untuk memberikan pembiayaan berisiko lebih tinggi kepada negara anggota EU (baru-baru ini termasuk Greece), tanpa memerlukan negara anggota membayar modal,” adalah salah satu sebab di sebalik perubahan prospek berkenaan, kata S&P.

Agensi juga berkata ia menjangka blok Eropah menyediakan jaminan kerugian pertama untuk pinjaman di bawah Pelan Juncker.