SP1 Yunait Ideu juara liga 3 penjuru

SP1 Yunait Ideu juara liga 3 penjuru

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan 2015/16 melabuhkan tirainya kelmarin dengan Pasukan SP1 Yunait Ideu diumumkan sebagai juara liga setelah menewaskan Pasukan Cityhall dengan jaringan 3-1 pada perlawanan akhir liga tersebut.

Perlawanan terikat 1-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan pada minit ke-10 daripada Pasukan Cityhall hasil tendangan percuma dan lima minit sebelum berakhirnya separuh masa pertama SP1 Yunait Ideu menyamakan kedudukan hasil jaringan Awang Masairol Rizal bin Haji Ibrahim.

Sepuluh minit selepas separuh masa kedua bermula, Awang Raimie bin Rappar berjaya menggandakan jaringan SP1 Yunait Ideu hasil hantaran cantik Haji Mohd Sofian Haji Amit dan tujuh minit sebelum berakhirnya perlawanann SP1 Yunait Ideu sekali lagi menambah jaringan dari sudut kiri oleh Awang Samat Haji Hitam yang sekali gus meranapkan harapan Pasukan Cityhall.

Keputusan 3-1 tersebut kekal hingga tamat perlawanan dan dengan ini Pasukan SP1 Yunait Ideu merupakan satu satunya pasukan tunggal yang mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang liga dilangsungkan dengan mengumpul 16 mata daripada maksima 18 mata keseluruhannya.

Hadir bagi menyampaikan piala rebutan kejohanan dan pingat kepada para pemain ialah Pemangku Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Awang Mohd Ali bin Haji Kahar.

Juara Liga 3 Penjuru Pasukan SP1 Yunait Ideu bergambar ramai bersama piala mereka.
Juara Liga 3 Penjuru Pasukan SP1 Yunait Ideu bergambar ramai bersama piala mereka.

Dalam pada itu, Pasukan SP1 Yunait Ideu akan meneruskan lagi perlawanan mereka menentang SPS FC di separuh akhir yg dijadualkan selepas Hari Raya Aidilfitri untuk merebut piala sumbangan Ketua Bahagian Khidmat Bantu & Pemeliharaan Kenderaan untuk gelaran berganda mereka musim ini.

Lain-lain perlawanan di separuh akhir kedua adalah di antara PTC menentang Flywheel.

Menurut Pengurus Pasukan Bagi SP1 Yunait Ideu Awang Ismail bin Haji Koya dan Jurulatih Awang Abdul Aziz bin Puasa dibantu oleh Haji Mohd Sofian bin Haji Amit, bagi memastikan gelaran tersebut menjadi realiti, mereka akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang pasukan liga veteran untuk memantapkan lagi pasukan yang sedia ada dan posisi serangan. – Hamdanajib Haji Domeng

ARTIKEL YANG SAMA