SpaceX akan membuat pelancaran kedua tahun ini

SpaceX akan membuat pelancaran kedua tahun ini

CAPE CANAVERAL, Fla, 9 Feb – Space Exploration Technologies, atau SpaceX akan cuba melakukan pelancaran keduanya tahun ini pada bulan ini, ketika ia meningkatkan penghasilan roketnya, Falcon 9 untuk menangani perniagaan bernilai lebih AS$8 bilion bagi NASA dan syarikat-syarikat komersial, menurut para pegawai.

Pelancaran seterusnya SpaceX dijadualkan pada 24 Februari, pelanggannya, menurut SES SA, pengendali komunikasi satelit di Luxembourg semalam.

“SpaceX pada masa ini sedang menyelesaikan siri-siri lanjutan ujian dan pengesahan sebelum penerbangan,” menurut kenyataan SES.

Roket itu akan membawa satelit komunikasi SES-9 seberat 11,700 pound buatan Boeing.

SpaceX enggan mengulas tentang pelancaran itu. Tetapi Hawthone, sebuah syarikat di California, yang dimiliki dan dikendali oleh pengusaha teknologi Elon Musk berkata ia berharap melancarkan lebih sedozen roket Falcon 9 tahun ini, dan juga kemunculan pertama booster pengangkat berat pertama dan pelancaran ketiga landas pelancaran AS.

SpaceX ketika melancarkan roket mereka bulan lepas. – Reuters
SpaceX ketika melancarkan roket mereka bulan lepas. – Reuters

“Kami di kilang transformasi ini akan melaksanakan pembinaan roket teras enam atau lapan setahun kepada kira-kira 18 buah. Menjelang akhir tahun ini, kami seharusnya pada lebih 30 teras setahun,” Presiden Gwyne Shotwell memberitahu persidangan angkasa lepas komersial Pentadbiran Penerbangan Persekutuan minggu lalu. Teras roket adalah badan utama roket.

SpaceX juga berhasrat menerbangkan semula roket-roketnya, yang berpotensi mengurangkan kos pelancaran.

Syarikat itu telah berjaya mendaratkan sebuah roket selepas misi penghantaran satelit pada Disember.

Bagi misi SES, roket akan berada di luar jarak bagi cubaan pendaratan kembali di tapak lancar Florida, menurut SpaceX. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA