SpaceX berjaya mendaratkan roket Falcon 9

SpaceX berjaya mendaratkan roket Falcon 9

WASHINGTON, 14 Ogos – SpaceX berjaya mendaratkan roket Falcon 9 yang digunakan semula di atas kapal dron terapung di laut awal hari ini selepas kenderaan itu menghantar sebuah satelit komunikasi Jepun ke orbit.

Pelancaran dan pendaratan syarikat yang berpangkalan di California itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menggunakan bahagian roket yang mahal daripada sebaliknya dengan membuangnya ke lautan.

Roket putih dilancarkan di bawah langit malam gelap dari Cape Canaveral, Florida pada 1:26 pagi (0526 GMT).

Pendaratan ke atas kapal dron Of Course I Still Love You adalah sangat mencabar kerana satelit JCSAT-16 terpaksa di bawah memasuki orbit pemindahan geopegun atau geostationary transfer orbit (GTO), satu orbit berbentuk elips.

“Peringkat pertama akan tertakluk pada halaju ekstrem dan pemanasan kemasukan semula, menjadikan ia satu cabaran pendaratan namun berjaya,” Syarikat Teknologi Penjelajahan Ruang Angkasa, dikenali sebagai SpaceX, telah berkata sebelum misi itu.

Kawalan misi SpaceX bersorak ketika rakaman video secara langsung menunjukkan pendaratan berjaya peringkat pertama roket berkenaan.

Satelit komunikasi akan membantu menyediakan lebih banyak perkhidmatan satelit yang stabil bagi pengedaran video dan komunikasi pemindahan data di Asia, Rusia, Oceania, Timur Tengah dan Amerika Utara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA