SpaceX lancar...

SpaceX lancar satelit komunikasi ke orbit

WASHINGTON, 17 Mac – SpaceX kelmarin berjaya melancarkan satelit komunikasi ke ruang udara dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida.

Roket Falcon 9 syarikat itu berlepas pada jam 2 pagi (0600 GMT) membawa EchoStar XXII, sebuah satelit komunikasi komersial bagi EchoStar Corporation.

Satelit itu akan ditempatkan di orbit lebih 35,000km jauhnya dari bumi dan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada Brazil, kata SpaceX.

Bagaimanapun SpaceX berkata ia tidak akan mencuba mendaratkan peringkat pertama Falcon 9 selepas pelancaran ‘disebabkan kehendak misi’.

Roket SpaceX Falcon 9 dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida pada 16 Mac. – AP
Roket SpaceX Falcon 9 dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida pada 16 Mac. – AP

Misi itu berlepas dari pelancar roket bersejarah NASA, 39A, asal perintis kapal-kapal angkasa AS yang membawa astronaut ke Bulan pada 1960-an dan 1970-an, serta misi ulang-alik angkasa lepas yang berlangsung dari 1981 hingga 2011.

SpaceX, diasaskan dan diketuai oleh jutawan Elon Musk, muncul sebagai pemimpin industri ruang angkasa komersial moden selepas menjadi yang pertama menghantar pengangkutan kargo peribadi ke Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2010. – AFP