SpaceX uji ‘punat lenting’

SpaceX uji ‘punat lenting’

MIAMI, 6 Mei (AFP) – Syarikat swasta angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) SpaceX akan menguji punat lenting bagi angkasawan-angkasawan hari ini, dalam ujian penerbangan pertama sistem henti paksa di pesawat angkasa lepas Dragon.

Tidak sesiapa pun akan berada di dalam pesawat bagi ujian ini, hanya patung yang namanya ‘despite popular belief.. is not Buster’ menurut firma beribu pejabat di California itu.

Pelancaran itu mungkin mengambil tempat seawal-awalnya 9 pagi hari ini dari Cape Canaveral, Florida dan ruang peluang dilanjutkan sehingga 2:30 petang. Keadaan cuaca adalah 70 peratus memihak bagi perlepasan, menurut NASA.

Ujian keseluruhan penerbangan akan mengambil masa kurang dua minit, dengan pesawat angkasa lepas mencecah ketinggian 1,500 meter, kemudian membuang badannya sebelum terjatuh ke Laut Atlantik kira-kira 1.4 meter jauhnya dari tempat pelancar.

Dragon akan berlepas di atas roket Falcon 9 bagi ujian ini tetapi sebaliknya akan dibawa dengan bantuan “lapan enjin roket SuperDraco yang dipasangkan pada dinding pesawat angkasa lepas Crew Dragon,” menurut syarikat itu lagi.

“Sistem ini direka untuk dengan cepat menjauhkan krew dan pesawat angkasa lepas dari roket sekiranya berlaku kegagalan,” katanya.

“Ia serupa dengan kerusi lenting bagi juruterbang pesawat pejuang tetapi daripada melentingkan juruterbang dari pesawat angkasa lepas, keseluruhan pesawat angkasa lepas ‘dilentingkan’ jauh dari kenderaan pelancar.”

SpaceX berkata kenderaan Crew Dragon direka untuk membolehkan angkasawan untuk menyelamatkan diri ‘dari tempat pelancar terus menuju orbit.’

Kemampuan lenting menjadi ciri-ciri kapsul angkasa lepas lain yang dibina oleh Rusia, dan juga oleh misi Mercury dan Apollo AS, tetapi sistem itu hanya akan berfungsi sejurus selepas dilancarkan.

Pesawat angkasa lepas ulang-alik buatan AS tidak direka untuk mempunyai pilihan melepaskan diri untuk para angkasawan dalam penerbangan. Tujuh orang dalam pesawat angkasa lepas terkorban apabila Challenger meletup selepas dilancarkan dalam tahun 1986 dan tujuh orang lagi apabila pesawat ulang-alik Columbia berkecai apabila masuk semula dalam tahun 2003.

Program pesawat angkasa lepas ulang-alik telah diundurkan dalam tahun 2011 selepas tiga dekad. Sejak itu pelancong angkasa lepas dunia terpaksa bergantung pada kapsul Soyuz, Rusia pada harga $71 juta bagi satu tempat duduk.

Penerbangan pertama kapsul Crew Dragon yang dikendali disasarkan pada tahun 2017. Versi kargo kapsul angkasa lepas sudah pun membuat perjalanan bekalan kerap dari dan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA