SPAK juara futsal JDBM

SPAK juara futsal JDBM

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Pasukan SPAK muncul sebagai juara dalam Perlawanan Futsal Tujuh Sepasukan antara bahagian-bahagian Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) semalam selepas berjaya mengalahkan Pasukan Bahagian Kampong Ayer dengan keputusan 2-0.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada kejohanan yang diadakan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Beliau juga seterusnya menyertai pasukannya untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

Sementara itu, Pasukan Bahagian Bengkel pula tampil di tempat ketiga selepas terpaksa akur dengan keputusan dan kelebihan kedua-dua pasukan teratas di dalam kejohanan tersebut, di mana ia diadakan secara liga satu pusingan (round robin). Sebanyak enam pasukan menyertai kejohanan kali ini antaranya ialah Pasukan Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Gabungan Bahagian Institusi Mukim Kampung/Pentadbiran/Kemasyarakatan dan Kesejahteraan, Bahagian Perhubungan Awam, Bahagian Kampong Ayer, Bahagian Pembangunan Daerah dan Bahagian Bengkel.

Gambar ramai bersama pasukan juara pada kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama pasukan juara pada kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA