Spartak cari tonik

Spartak cari tonik

MOSCOW, 23 Sept – Spartak Moscow hujung minggu ini berusaha untuk bangkit daripada kekalahan persaingan Piala Rusia yang memalukan dan memantapkan pendahuluan mereka di tangga teratas Liga Perdana Rusia.

Spartak memenangi empat perlawanan liga lalu mereka dan melebarkan dua mata di dari juara CSKA selepas tujuh perlawanan, sementara Zenit St Petersburg di tangga ketiga.

Bagaimanapun, Rabu lalu bekas juara sembilan kali itu tersingkir daripada piala kebangsaan dengan kekalahan mengejut 1-0 kepada pasukan divisyen dua SKA Khabarovsk dan pengurus Spartak, Massimo Carrera mempertikaikan sikap pemainnya.

“Kami bersalah bagi kekalahan ini,” kata Carrera. “Keputusan ini adil. Selalu terdapat risiko yang serius untuk dikalahkan oleh mana-mana pesaing apabila anda berada dalam padang dalam keadaan tidak bersemangat dan beraksi tanpa keinginan.

“Kami tidak seharusnya mengulangi persembahan hambar itu Ahad ini.

Ufa semakin meningkat selepas dua kemenangan daripada tiga perlawanan liga mereka.”

Ufa mungkin menemui rentak, tetapi mereka masih berada pada pertengahan kedudukan dan bergelut untuk mendapatkan jaringan. Segalanya selain daripada kemenangan di tempat sendiri bagi Spartak akan memberikan satu kejutan lain.

CSKA, yang juga tersingkir daripada persaingan Piala Rusia dengan kekalahan 2-1 kepada Yenisei Krasnoyarsk, menghadapi ujian getir esok apabila menentang Krasnodar yang selesai di tangga keempat musim lalu.

Pengurus Red Army Leonid Slutsky yang merehatkan sebahagian dari pemain pilihannya dalam perlawanan di Krasnoyarsk Rabu lalu, selepas itu berkata: “Jadual sukar kami memaksa saya untuk meletakkan barisan secara bergilir tetapi kami tidak seharusnya tewas dalam perlawanan ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA