Spartak, CSKA terus beri tekanan

MOSCOW, 12 Mac – Juara Spartak Moscow dan CSKA Moscow masing-masing menewaskan pasukan SKA Khabarovsk dan Akhmat Grozny semalam untuk mengurangkan jurang terhadap pendahulu liga Rusia, Lokomotiv Moscow kepada lima mata.

Pemain tengah dari Brazil, Fernando menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan Spartak 1-0 ke atas pasukan tercorot SKA, sementara Alexander Golovin, Vitinho dan Sergei Iganashevich menjaringkan gol ketika Lokomotiv menewaskan Akhmat Grozny 3-0. Lokomotiv mendominasi permainan di Arena Otkrytie tetapi kecewa dengan gandingan penyudah hambar dan permainan menarik dari penjaga gol Alexander Dovbnya, yang menyelamatkan sepakan penalti pada separuh masa pertama menerusi Qunicy Promes dari Belanda.

SKA dilihat dalam laluan untuk menamatkan kekalahan tujuh perlawanan berturut-turut, tetapi Fernando menyudahkan jaringan menerusi sepakan bebas pada minit ke-90 untuk memastikan tiga mata berharga bagi Spartak.

“Ia adalah sukar untuk menentang pasukan-pasukan yang berada di bahagian pertahanan sepanjang perlawanan,” kata pengurus pasukan Spartak, Massimo Carrera. “Malangnya kami melepaskan beberapa peluang, termasuk sepakan penalti, tetapi semangat kami berbaloi dan kami mencatatkan kemenangan.”

CSKA bermula dengan baik di Grozny ketika Golovin membuka jaringan pada minit keenam dengan rembatan sudut sukar dari jarak 10 ela.

Vitinho dari Brazil menjaringkan gol kedua CSKA pada minit ke-28 dengan rembatan leret dari luar kawasan penalti dan Ignashevich, 38, melengkapkan kemenangan itu pada separuh masa kedua menerusi sepakan sudut Bebras Natcho. – AFP