Spartak tekad kukuh cengkaman

Spartak tekad kukuh cengkaman

MOSCOW, 13 Okt – Pendahulu bersama Liga Perdana Rusia, Spartak Moscow berharap untuk kembali bangkit selepas dua kekalahan liga berturut-turut apabila mereka menentang pasukan tangga kedua musim lalu, Rostov pada Sabtu ini.

Spartak mengungguli kedudukan setelah memenangi dua perlawanan musim ini, dengan Zenit Saint Petersburg, satu-satunya pasukan yang belum pernah dikalahkan dalam liga, di tempat kedua, dengan mengutip mata yang sama.

Juara bertahan, CSKA Moscow ketinggalan satu mata di belakang di tangga ketiga selepas kekalahan 2-0 kepada Rostov pasukan tangga keempat.

Pengurus pasukan Spartak, Massimo Carrera, yang menyalahkan kekalahan pasukannya di St Petersburg menerusi kesilapan dalam konsentrasi dan kekurangan kreativiti dalam serangan, memberitahu pasukannya untuk meletakkan kesilapan di belakang mereka.

“Selepas perlawanan di Saint Petersburg kami mempunyai masa untuk berehat dan melakukan kerja rumah kami,” kata Carrera.

“Kami perlu belajar dari kesilapan yang kami lakukan dalam persaingan kami sebelumnya untuk menghindarkan mereka pada masa depan. Sekarang kami perlu fokus ke atas perlawanan bersama Rostov. Kemenangan pada Sabtu ini akan mengekalkan pendahuluan kami dalam liga.”

Sementara itu, Zenit, yang masih lagi baru mencatatkan kemenangan ke atas Spartak, yang membolehkan mereka untuk menyertai Muscovites di tangga teratas, bersedia untuk melanjutkan rentak kemenangan mereka apabila mereka mengunjungi Ural Yeaterinburg pada Ahad.

“Ia adalah persaingan yang menarik,” pemain penyerang Zenit, Artem Dzuyuba memberitahu laman sesawang kelabnya. “Saya mahu beraksi sebanyak perlawanan yang mungkin yang penting dan kehangatan emosi.

“Sekarang kami perlu mengekalkan semangat persaingan bagi perlawanan di Yekaterinburg. Ural akan cuba untuk menunjukkan permainan terbaik mereka menentang salah satu pendahulu liga di depan penonton di laman sendiri.”

Juara CSKA,yang terlepas peluang untuk berada di atas Rostov, akan berusaha meningkatkan moral pasukan mereka sebelum perlawanan penting Liga Juara-Juara menentang pasukan Monaco dari Perancis apabila mereka menentang Ufa esok. – AFP