Spesies baru penyu ditemui

Spesies baru penyu ditemui

SYDNEY, 17 Feb – Spesies baru penyu air tawar telah ditemui di Papua New Guinea, kata penyelidik.

Kawasan pergunungan dan tropika Papua New Guinea telah dikenali dengan kepelbagaian biologi yang kaya, akan tetapi kebanyakkan kawasan pedalamannya masih banyak belum diterokai. Penyu baru itu adalah salah satu daripada tiga spesies saudara jauh yang berkaitan dengan ‘Elseya novaeguineae’, ‘Elseya schultzei’ dan ‘Elseya rhod’ itu baru dijumpai di persekitaran pulau New Guinea, menurut satu kajian terkini yang disiarkan dalam jurnal antarabangsa Zootaxa.

Bahagian timur pulau New Guinea adalah Papua New Guinea, manakala di sebelah baratnya adalah Indonesia.

“Ketiga-tiga spesies berasal daripada moyang yang sama antara 17 dan 19 juta tahun yang lalu,” kata ketua penulis Arthur Georges dari University of Canberra, Selasa lalu.

“Dalam usia yang agak luar biasa dan ia datang sebagai satu kejutan, kerana ini bermakna penyu itu telah bersama-sama menyaksikan pembangunan geologi penuh pulau New Guinea,” katanya.

Gambar menunjukkan spesies baru penyu air tawar yang ditemui di Papua New Guinea. – AFP
Gambar menunjukkan spesies baru penyu air tawar yang ditemui di Papua New Guinea. – AFP

Spesies penyu yang baru ditemui adalah sebahagian daripada keluarga Chelidae, penyu berleher melengkok yang dikawal oleh Amerika Selatan dan Australia, bersama-sama dengan Papua New Guinea, Timor dan Rote di Indonesia.

Ia telah dikenal pasti sebagai spesies baru yang berbeza daripada saudara-mara jauh mereka dari data genetic. Ianya dapat dijumpai di kawasan pulau itu, selatan banjaran pusat.

Georges berkata ia adalah ‘penyu yang sangat cantik’ dan mempunyai warna kemerah-merahan. – AFP