Spesies harimau terancam terpaksa ditembak mati

Spesies harimau terancam terpaksa ditembak mati

YANGON, 26 Feb (AFP) – Seekor spesies harimau terancam ditembak mati oleh pasukan keselamatan di timur Myanmar semalam selepas ia menyerang nelayan tempatan ketika mereka menahan pukat, lapor surat khabar tentera kerajaan.

Pasukan tentera dan pihak berkuasa tempatan memburu binatang itu ‘untuk mencegah bahaya para penduduk’ selepas ia mencederakan dua orang lelaki pada awal waktu pagi, akhbar tentera itu, Myawaddy, melaporkan di halamannya di Facebook.

Penduduk harimau Myanmar adalah sebahagian kecil dari apa yang selalunya.

Negara itu telah mewujudkan tempat simpanan terbesar harimau di dunia di negeri utara Kachin, tetapi dalam tahun 2010, taman itu dianggarkan hanya mempunyai 50 ekor harimau.

Laporan mengenai serangan itu di Kawkareik, negeri Karen, memperlihatkan gambar-gambar harimau yang mati itu dikelilingi orang ramai yang mengambil gambarnya dengan menggunakan telefon bimbit mereka, berserta dengan imej grafik yang memaparkan luka dalam yang di bahagian belakang yang dialami oleh salah seorang lelaki yang cedera itu.