Spesis burung di Indonesia diancam kepupusan

Spesis burung di Indonesia diancam kepupusan

JAKARTA, 25 Mei – Tiga belas spesis burung di Indonesia, termasuklah burung helang simbolik negara itu, Burung Helang Jawa, berada pada risiko kepupusan serius terutamanya disebabkan perdagangan binatang peliharaan, pemerhati hidupan liar memberi amaran hari ini.

Kepulauan besar Indonesia adalah tempat tinggal banyak kumpulan burung dan menjaga mereka sebagai binatang kesayangan telah menjadi sebahagian budaya kebangsaan, dengan kurungan burung lumrah dilihat di luar rumah dan kedai di seluruh negara.

Bagaimanapun permintaan meningkat bagi sebilangan spesis sebagai binatang kesayangan telah membawa kepada pengurangan dramatik penduduk burung, rangkaian pemantau perdagangan hidupan liar TRAFFIC memberi amaran dalam kajian baru. Permintaan besar besar bagi burung yang pandai menyanyi di Indonesia juga meletakkan spesis-spesis burung di negara lain seperti Malaysia dan Thailand dalam bahaya, katanya lagi. Spesis-spesis lain juga berisiko pupus termasuklah Burung merpati kayu perak, Burung kakak tua berjambul kuning, burung nuri, burung murai hijau jawa, burung tiong bersayap hitam, tiong Bali, burung merbah, burung Launghingthrush dan burung pipit.

Burung enggang juga berisiko tetapi tidak seperti yang lain, tidak dijadikan binatang peliharaan. Beribu-ribu telah dibunuh secara haram dan didagangkan kerana keunikannya. Ia digunakan seperti gantian gading gajah untuk memenuhi permintaan di China, menurut TRAFFIC. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA