Spg 38 Jln Selayun ditutup sementara

Spg 38 Jln Selayun ditutup sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Jabatan Kerja Raya (JKR), melalui Jabatan Saliran dan Pembetungan memaklumkan bahawa jalan di Simpang 38 Jalan Selayun akan ditutup sementara selama sebulan bermula 5 Oktober hingga 5 November 2015.

Menurut kenyataan JKR, hari ini, penutupan ini adalah bagi kerja-kerja pemasangan kalbat kekotak ‘Box Culvert’ baru berukuran 5.0 meter lebar bagi mengganti jambatan besi (Steel Bailey Bridge) lama di jalan tersebut. Sehubungan itu, para pengguna jalan raya di Simpang 38 Jalan Selayun disarankan untuk menggunakan jalan alternatif lain untuk sampai ke tempat yang dituju.

JKR dalam kenyataannya juga menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA