Spieth bangkit semangat baru

Spieth bangkit semangat baru

LAKE FOREST, Illinois, 16 Sept (Reuters) – Jordan Spieth beraksi dalam Kejohanan BMW minggu ini selepas kehilangan beberapa bahagian berturut-turut buat pertama kali dalam karier luar biasanya, namun sangat bimbang, sambil dia mengibaratkannya “dua minggu teruk”.

Jaguh Masters dan Terbuka Amerika Syarikat ini telah memanfaatkan masa tambahan rehatnya ekoran keluar awal dari Kejohanan Deutsche Bank 10 hari lalu dan mengumumkan dirinya sendiri segar dengan permainannya “dalam keadaan mantap” bagi pusingan pembukaan esok.

“Segala-galanya dirasakan seperti biasa, segala-galanya pada tempatnya,” pemain nombor dua dunia, Speith memberitahu para pemberita di Kelab Golf Conway Farms semalam ketika bersiap sedia bagi acara ketiga dari empat playoff Jelajah PGA.

“Permainan saya dalam keadaan mantap pada masa ini. Ia dalam keadaan di mana saya boleh pasti mencatat angka berganda di bawah par dan saya percaya itu.

“Saya baru mengalami dua minggu yang teruk,” katanya mengenai bahagian yang terlepas di Barclays dan Kejohanan Deutsche Bank. “Biarlah ia begitu.”

Gambar fail menunjukkan Jordan Spieth dikenakan Jaket Hijau oleh Bubba Watson selepas muncul juara Kejohanan Masters Golf 2015. – AFP
Gambar fail menunjukkan Jordan Spieth dikenakan Jaket Hijau oleh Bubba Watson selepas muncul juara Kejohanan Masters Golf 2015. – AFP

Dianggap sebagai salah seorang pemukul leret terbaik , Speith berhempas pulas di rumput dalam acara play-off pertama dari dua playoff tetapi percaya dia kini kembali keadaan terbaiknya selepas mencampurkan waktu rehatnya dengan rehat yang begitu diperlukan dan banyak latihan.

“Saya merasa sangat yakin tentang di mana saya berada masa ini,” kata pemain Amerika berusia 22 tahun ini. “Saya banyak berehat. Banyak usaha yang perlu saya lakukan dalam tempoh minggu lalu, mengambil beberapa masa untuk berehat.”

Speith akan bermain dalam dua pusingan pertama di Conway Farms bersama pendahulu mata FedExCup, Jason Day dari Australia dan tempat ketiga, Rickie Fowler dari Amerika.