Spieth berhempas pulas

Spieth berhempas pulas

SILVIS, AS, 10 Julai (AFP) – Jordan Spieth bergelut dalam kepulangannya ke Jelajah PGA semalam, mencatatkan par–71 pada pusingan pembukaan John Dfeere Classic sebagai persediaan terakhir sebelum Terbuka British.

Spieth memiliki penguasaan selepas memenangi dua kejohanan utama yang pertama musim ini dan berharap untuk menggunakan John Deere sebagai batu loncatan bagi mencatatkan kejayaan di Terbuka British yang bermula dalam masa seminggu saja lagi.

Pemain berusia 21 tahun itu memiliki kenangan indah selepas memenangi pertandingan itu ketika remaja pada 2013 untuk menjadi pemenang termuda Jelajah PGA dalam tempoh 82 tahun selepas menewaskan Zach Johnson dan David Jearn dalam play of.

Tetapi dia perlu memudahkan tugasnya jika mahu melakukannya sekali lagi ketika selesai dengan ketinggalan lapan pukulan daripada pendahulu semalam dengan tiga bogey, tiga birdie dan 12 par pada pusingan pertama di TPC Deere Run.

Spieth ketinggalan enam pukulan selepas pusingan pertama apabila dia memenanginya pada 2013.

“Pusingan yang sukar,” kata Spieth, yang dikritik sebahagian kerana beraksi minggu ini daripada mengembara ke Eropah untuk Terbuka British. “Saya tidak keluar di atas padang golf seperti yang seharusnya.”

Justin Thomas dan Nicholas Thompson dari AS membuat pukulan lapan bawah 63 untuk mendahului satu strok semalam. Thomas, yang beraksi pada Greenbrier Classic minggu lalu dan memburu gelaran jelajah AS pertamanya, memulakan dengan sembilan dan berada dalam 10 birdie pada pusingannya.

Thomas, yang bermula awal mencatatkan tiga par daripada 10. Dia melepaskan six-footer bagi memperoleh birdie pada lubang ke-13 tetapi memberikan saingan dengan bogey pada lubang ke-14.

Dia memberikan respons dengan selesai di depan sembilan. Thomas mencatatkan empat birdie daripada 15, selesai dengan putt dri 53 kaki pada par empat lubang 18.