Spieth dalam keadaan terbaik menjelang Terbuka AS

Spieth dalam keadaan terbaik menjelang Terbuka AS

OAKMONT, Pennsylvania, 14 Jun (AP) – Jordan Speith berasa yakin mengenai permainannya, berdasarkan perbincangan tipikal daripada pemain–pemain teratas yang bersaing dalam pertandingan utama.

Tidak seperti pemain lain dalam Terbuka AS, Spieth bercakap daripada pengalaman.

Bukan sejak Tiger Woods pada sedekad lalu yang memiliki seseorang dengan pertandingan terbesar dalam golf. Dari masa dia terlepas cut di Valhalla dalam Kejohanan PGA 2014, Spieth tidak menamatkan kedudukan terburuk dari tangga keempat dalam lima pertandingan lalunya.

Dia memenangi pertandingan Master dan Terbuka AS, terlepas beraksi dalam playoff di Terbuka British dengan hanya satu pukulan, ditempat kedua dalam Kejohanan PGA, dan terikat di tangga kedua pada Master tahun ini.

Dia menyuarakannya semalam sebagai rentak sukar adalah kedua dari kepercayaannya.

Jordan Spieth dalam sidang media menjelang Terbuka AS. – AP
Jordan Spieth dalam sidang media menjelang Terbuka AS. – AP

“Adakah permainan saya selalu (bagus)….tidak,” katanya, yang menjawab soalannya sendiri sebelum menamatkannya. “Master tahun ini, tee ke green, saya merasakan lebih teruk berbanding yang saya lakukan pada pertandingan di mana saya menamatkan tempat ke-25 pada pertandingan jelajah.

“Tetapi kerana saya merasakan kami sudah bersedia dan kami boleh melakukannya dan saya boleh melalui pengalaman yang lalu terutamanya pada pertandingan itu kami berada dalam persaingan. Saya memastikan putts masuk. Saya tidak dapat menggambarkannya selain dari ia hanyalah keadaan mental yang merasa yakin pada pertandingan utama.”

Dalam tempoh 60 tahun lalu, hanya Jack Nicklaus (tiga kali), Woods (dua kali) dan Arnold Palmer telah melalui sekurang-kurangnya lima pertandingan dalam lima kedudukan teratas.