Spieth, Fowler sudah sedia tawan Terbuka British

Spieth, Fowler sudah sedia tawan Terbuka British

ST ANDREWS, United Kingdom, 14 Julai (AFP) – Dua pemain muda terbaik Amerika Syarikat (AS), Jordan Spieth dan Rickie Fowler tiba di sini, dengan membawa bersama kejuaraan dimenangi sebelumnya dan harapan menggunung untuk memenangi Terbuka British.

Spieth, merentasi Lautan Altantik menaiki pesawat selepas kemenangan playoff pada saingan John Deere Classic di Illinois, AS, manakala Fowler memandu daripada Gullane di Pantai Timur Scotland, selepas merangkul kejuaraan Terbuka Scotland.

Tanpa kehadiran pemain nombor satu dunia dan penyandang juara, Rory McIlroy akibat masalah kecereraan buku lalu, Spieth, 21 dan Fowler, 26, kini dilihat mewakili generasi muda pemain golf yang bakal mengambil alih tempat pemain veteran seperti Tiger Woods, Phil Mickelson dan Ernie Els.

Kedua-dua pemain ini jelas tampil sarat dengan keyakinan sebaik tiba di sini. Spieth, yang sebelumnya merangkul kejuaraan Masters dan Terbuka AS tahun ini, dikritik kerana tidak menyertai Terbuka Scotland dengan alasan kekurangan pengalaman bermain di lapangan tepi laut.

Sebelum ini, dia hanya pernah beraksi satu pusingan di St Andrews, kira-kira empat tahun lalu sebelum saingan Piala Walker di Aberdeen bermula.

Spieth menjalani latihan untuk Terbuka British di St. Andrews semalam. – AFP
Spieth menjalani latihan untuk Terbuka British di St. Andrews semalam. – AFP

Bagaimanapun dia menegaskan, perlu mengikut haluannya dan tidak menyesal dengan keputusan dibuatnya itu.

“Saya datang ke sini kerana ada alasan dan kami ingin melengkapkannya. Dan sudah pasti akan meneruskan rentak itu pada minggu depan,” kata Spieth selepas menewaskan rakan senegara, Tom Gillis untuk memenangi kejuaraan John Deere Classic, Ahad lalu.

Sementara itu, Fowler yang memenangi kejuaraan keempat sebagai profesional di Gullane selepas pertandingan itu, berkata, dia mahu mengikut jejak mentornya, Phil Mickelson yang menjuarai Terbuka Scotland, dan kemudian Terbuka British seminggu kemudian, dua tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA