Spieth intai ranking No.1

Spieth intai ranking No.1

AKRON, AS, 6 Ogos – Juara Masters dan Terbuka AS Jordan Spieth akan berusaha untuk menjatuhkan Rory McIlroy sebagai pemain nombor satu dunia di sini hari ini apabila beliau memulakan aksi di Jemputan WGC-Bridgestone.

Spieth yang masih belum melupakan kegagalan memenangi Terbuka British di St Andrews bulan lepas, akan bersaing bersama 50 pemain di dunia.

“Ia akan menjadi mimpi yang menjadi kenyataan,” kata Spieth semalam mengenai ranking nombor satu.

“Pada awal tahun ini saya mahu bekerja dengan cara saya untuk mengunnguli kedudukan dunia. Saya tidak fikir saya boleh berada dalam kedudukan ini atau mempunyai peluang ini.

“Saya rasa bertuah…jelas sekali kami semua mahu Rory jatuh secepat mungkin. Ia akan menjadi benar-benar luar biasa jika pada hujung minggu ini saya memegang trofi dan bergerak ke hadapan.”

Spieth akan berusaha untuk menjatuhkan McIlroy sebagai pemain nombor satu dunia dalam aksi Jemputan WGC-Bridgestone. – AFP
Spieth akan berusaha untuk menjatuhkan McIlroy sebagai pemain nombor satu dunia dalam aksi Jemputan WGC-Bridgestone. – AFP

Kedua-dua pemenang terbaru WGC-Bridgestone, juara bertahan McIlroy dan Tiger Woods walaupun tidak hadir tetapi masih banyak senjata untuk acara ini yang menjadi acara pemanas badan sebelum Kejohanan PGA di Whistling Straits.

McIlroy yang mengatasi Sergio Garcia untuk menang tahun lepas, cedera ligament buku pada bulan Julai dan pemenang Bridgestone lapan kali Woods pula tidak dijemput. Woods menang pada 1999, 2000, 2001, 2005, 2006, 2007, 2009 dan 2013.

Spieth akan berdepan ramai pencabar menuju Firestone Country Club, termasuk pilihan nombor satu Australia Jason Day, rakannya dari AS Dustin Johnson, Adam Scott dari Australia, Justin Rose dari England dan Rickie Fowler dari AS.

Spieth, 22, memimpin Jelajah PGA dengan empat kemenangan musim ini. Dalam kejohanan terakhir beliau bersaing untuk menuntut gelaran utama ketiga berturut-turut sebelum selesai di tempat keempat di St Andrews. Beliau akhirnya selesai kurang satu pukulan dalam perlawanan penentuan dengan pemenang Zach Johnson, sekali gus datang ke Bridgestone dengan rasa kecewa. – AFP