Spieth juara PGA AS

Spieth juara PGA AS

WASHINGTON, 30 Mei – Pemain nombor dua dunia, Jordan Spieth melakukan birdie di tiga lubang terakhir untuk memenangi Jemputan Dean and Deluca PGA Amerika Syarikat (AS), kemenangan pertamanya sejak kekecewaan di Masters, April lalu.

Spieth, yang akan turun mempertahankan kejuaraan Terbuka AS di Oakmont bulan depan, mencatat lima bawah par 65 pada pusingan terakhir untuk menamatkan kejohanan pada 17 bawah par 263 sekali gus merangkul gelaran PGA pertama di kampung halamannya, Texas.

Harris English di tangga kedua selepas mencatat pusingan 66 untuk keseluruhan 266, manakala Ryan Palmer dan Webb Simpson berkongsi tempat ketiga (267), Kyle Reifers kelima pada catatan 268.

Satu-satunya pemain dari luar AS yang menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik ialah Anirban Lahiri dari India yang berkongsi tangga keenam pada catatan 271 selepas melakukan pusingan 68.

Spieth dan ahli-ahli kelab lainnya bergambar ramai dengan trofi selepas memenangi Jemputan DEAN & DeLuca di Colonial Country Club kelmarin di Fort Worth, Texas. – AFP
Spieth dan ahli-ahli kelab lainnya bergambar ramai dengan trofi selepas memenangi Jemputan DEAN & DeLuca di Colonial Country Club kelmarin di Fort Worth, Texas. – AFP

Minggu depan Spieth akan berdepan pemain nombor satu dunia, Jason Day dari Australia dan pemain ranking ketiga Rory McIlroy dari Ireland Utara di kejohanan Memorial anjuran Jack Nicklaus.

Bulan lalu, Spieth mendahului kejuaraan Masters ketika permainan berbaki sembilan lubang dan seakan mampu meraih kemenangan kedua berturut-turut di Augusta National, tetapi prestasinya merosot menuju ke penamat dan terpaksa melihat jaket hijau disarungkan kepada Danny Willet dari England. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA