Spieth kejar gelaran utama

Spieth kejar gelaran utama

TACOMA, AS, 16 Jun (AFP) – Juara Masters Jordan Spieth menikmati saat mengenakan jaket hijau sambil menonton televisyen di rumahnya tetapi dia berkata memenangi Grand Slam pertama dalam kerjayanya tidak akan mengubah siapa dirinya.

Pemain berusia 21 tahun dari AS itu menunjukkan dia masih boleh menyerlah di atas pentas yang lebih cerah di Masters pada April dengan mencatatkan rekod kejayaan selepas berada di tangga kedua pada 2014.

“Saya mengenakannya minggu lalu,” kata Spieth semalam mengenai jaket itu yang secara tradisinya menjadi milik pemenang pertandingan utama musim itu. “Mengapa? Hanya untuk memastikan ia masih dalam tempatnya. Tidak, saya hanya menonton TV dan mahu mengenakannya. Hanya mahu merasakannya. Mengapa tidak saya memakainya, sejujurnya dengan anda?”

Spieth menjadi juara Masters kedua termuda di belakang Tiger Woods dan pemain pertama sejak Raymond Floyd pada 1976 untuk mencatatkan kemenangan.

Spieth memburu satu lagi Grand Slam minggu ini pada Terbuka AS ke-115 yang bermula Khamis ini pada par 70 Chambers Bay di Pacific Northwest, AS.

Spieth (kiri) bersama Cole Hammer semasa latihan di Chambers Bay semalam. – AFP
Spieth (kiri) bersama Cole Hammer semasa latihan di Chambers Bay semalam. – AFP

Spieth telah beraksi 16 pertandingan Jelajah PGA musim ini dan dengan dua kemenangan yang dicatatkannya tiga di tempat kedua dan sembilan selesai sebagai 10 terbaik.

Pemain yang berasal dari Texas itu adalah pemain dari AS yang menarik di AS pada usia mudanya sejak Woods, tetapi anda tidak akan dapat menyatakannya jika bercakap dengannya.

Memenangi Masters tidak akan menjadikannya berpuas hati atau memberikannya rasa bangga dan tidak memikirkan untuk memanggilnya harapan hebat untuk AS yang seterusnya.

“Saya tidak meletakkan gelaran untuk diri saya sebagai lelaki AS,” katanya selepas latihan di Chambers Bay semalam. “Saya tidak banyak memikirkan gelaran. Saya hanya mencuba dan berusaha untuk matlamat seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA