Spieth kembali nombor satu dunia

Spieth kembali nombor satu dunia

NORTON, Amerika Syarikat, 8 Sept – Jordan Spieth akan kembali menjadi pemain nombor satu dunia apabila ranking terbaharu dunia diumumkan, meskipun terlepas had kelayakan Kejohanan Deutsche Bank, di sini, minggu lalu.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Master itu mengesahkan kedudukan, selepas penyandangnya, Rory McIlroy gagal muncul 10 pemain terbaik pada kejohanan di sini, manakala satu lagi pencabar, Jason Day tidak memenangi kejohanan berkenaan.

Formula kompleks secara matematik digunakan bagi menentukan ranking pemain sukan ini.

Spieth sebelum ini menduduki tangga pertama ranking dunia selama dua minggu sebelum ia dirampas kembali oleh McIlroy.

Ranking terbaharu bakal diumumkan tidak lama lagi. – AFP

Pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth. – AFP
Pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth. – AFP