Spieth mahu Rory kembali

Spieth mahu Rory kembali

SILVIS, AS, 8 Julai (AFP) – Juara Terbuka AS dan Masters, Jordan Speith semalam berkata dia mahu pemain nombor satu dunia Rory McIlroy yang mengalami kecederaan agar dalam keadaan sihat dan beraksi secepat mungkin ketika cuba untuk mengatasinya.

Pemain dari AS berusia 21 tahun itu beraksi minggu ini dalam PGA AS John Deere Classic, akan menjadi pemain pertama sejak Ben Hogan pada 1953 memenangi Terbuka AS, British dan Masters pada tahun yang sama jika dia boleh menambah Claret Jug dalam koleksi hadiah utamanya di St. Andrews minggu depan.

Tugasannya mungkin lebih mudah selepas McIlroy, juara PGA dan Terbuka British, Isnin lalu mengumumkan mengalami keretakan ligamen buku lali kiri ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya Sabtu lalu dan tidak mungkin akan mempertahankan gelarannya di Scotland minggu depan.

“Saya tidak banyak bertukar dalam kehidupan berbanding beberapa perkara yang sedikit meragukan,” kata Spieth mengenai perasaan gembira bercampur baur dengan menghindarkan kecederaan. “Tetapi saya tidak rasa ia salah. Kadangkala terdapat kemalangan secara kebetulan.

McIlroy (kanan) tidak akan mempertahankan gelaran Terbuka British selepas mengalami kecederaan. – Reuters
McIlroy (kanan) tidak akan mempertahankan gelaran Terbuka British selepas mengalami kecederaan. – Reuters

“Dan ia berlaku dengan Rory. Kami mahu dia kembali. Semua orang mahukannya. Tapi malang dan saya pasti dia merasai kesukaran berbanding orang lain. Tetapi saya tidak rasa dia melakukan kesilapan. Cuma keadaan tidak bernasib baik dan berharap dia boleh kembali dengan segera dan kembali di mana dia berada.”

Sementara kecederaan itu dilihat menangguhkan persaingan Spieth dan McIlroy dalam rentak menarik, pemain nombor dua dunia Spieth mahu McIlroy beraksi dengan kedudukan terbaik ketika dia cuba untuk mengatasinya di ranking teratas dalam satu pertandingan pada satu masa.

“Lebih banyak anda melihat kepada gambaran yang lebih besar, anda akan melihat keadaan yang berat,” kata Spieth. “Saya rasa jika saya fokus bagaimana saya boleh mencuba dan memenangi pertandingan minggu ini, saya hanya beberapa inci daripada tujuan saya. Saya tidak rasa awal tahun saya akan berpeluang untuk berada di sana tahun ini dan sekarang peluang ada di sana. Saya tidak pernah sebegini hampir.

ARTIKEL YANG SAMA