Spieth pilih beraksi di Terbuka Singapura

Spieth pilih beraksi di Terbuka Singapura

SINGAPURA, 20 Okt – Pemain tahunan terbaik, Jordan Spieth tidak akan beraksi dalam pertandingan Terbuka Farmers Insurance dalam Jelajah PGA untuk sebaliknya beraksi dalam Terbuka Singapura pada Januari depan, penganjur mengumumkan hari ini.

Pemain nombor dua dunia itu, 22, menikmati kejayaan tahun 2015, dengan memenangi Masters, Terbuka AS, dan Kejohanan Jelajah PGA di antara lima kemenangannya ketika dia terus memenangi Piala FedEx yang menguntungkan.

“Beraksi dalam Terbuka SMBC Singapura adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan,” kata Speith dalam satu kenyataan.

“Saya bernasib baik untuk bermain golf di seluruh dunia dan tidak sabar untuk mengunjungi Singapura buat kali pertama.”

Terbuka Singapura ke-50, menawarkan hadiah wang tunai sekurang-kurangnya AS$1 juta, akan diadakan di Serapong Course, Kelab Golf Sentosa dari 28 sehingga 31 Januari depan dalam Jelajah Asia dan Jepun selepas tiga tahun ditiadakan.

Spieth terlepas cut pada Terbuka Farmers Insurance yang menawarkan AS$6.5 juta pada Januari di Torrey Pines, San Diego, di mana pemain nombor satu dunia sekarang, Jason Day dari Australia memenanginya selepas persaingan playoff empat pemain. – Reuters

Jordan Spieth. – AFP
Jordan Spieth. – AFP