Spieth, Redd menangi Piala Ryder

Spieth, Redd menangi Piala Ryder

CHASKA, Amerika Syarikat (AS), 2 Okt – Bintang AS, Jordan Spieth dan Patrick Redd memenangi persaingan Piala Ryder ke atas dua pemain terbaik Eropah, Justin Rose dan Henrik Stenseon, menerusi peluang yang diberikan Tiger Woods.

Reed dan Spieth menewaskan juara Olimpik Rio, Rose dan juara Terbuka British, Stenson, 2 dan 1 dalam persaingan empat bola semalam bagi kemenangan kedua dalam tiga pertandingan di Hazeltine, setelah menghindarkan dua pertemuan pada Jumaat lalu.

“Kami mahu Rose dan Stenson lagi. Mereka mahu menentang kami lagi, kata Spieth. “Kami mahu mereka berada dalam format best-ball dan kami gembira untuk kembali bagi pertandingan keempat kami minggu ini.”

Persaingan itu hampir tidak berlaku, kata kapten pasukan AS, Davis Love, kerana terdapat beberapa barisan bersedia bagi gabungan empat bola pada sebelah petang, sebahagiannya dengan Spetih dan Reed berehat.

“Kami mendapatkan banyak senario,’ Love mengakui. “Semua orang menghantar teks kepada saya mengenai barisan mereka. Kami merasa sedikit cemas kerana semua orang memiliki idea yang berbeza. Walaupun anak lelaki saya, meletakkan barisan.

Spieth dan Reed ketika beraksi pada perlawanan empat bola Piala Ryder di di Chaska, Minnesota. - AFP
Spieth dan Reed ketika beraksi pada perlawanan empat bola Piala Ryder di di Chaska, Minnesota. – AFP

“Dia adalah pemandu saya.”

Woods, pemenang utama 14 kali dan pembantu kapten AS yang tidak beraksi lebih dari setahun kerana kecederaan belakang, menjadi penentu Love.

“Saya akhirnya berkata kepada Tiger, ‘Adakah kami akan menentang mereka atau kita menunggu mereka?” kata Love.

“Dia berkata, ‘tidak, anda perlu menentang mereka, mereka beraksi dengan begitu baik.”

Reed dan Spieth melepaskan empat dari enam lubang terakhir untuk membahagikan persaingan empat orang sepasukan sebelah pagi yang mereka kuasai sejak lubang kedua menentang Sergio Garcia dan Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol.

Tetapi mereka mendapatkan peluang lain pada sebelah petang menentang Rose dan Stenson. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA