Sport Bikerz anjur Majlis Makan Malam untuk ahli baru

Sport Bikerz anjur Majlis Makan Malam untuk ahli baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Persatuan Sport Bikerz, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi mengalu-alukan para ahlinya yang baru bagi tahun 2016 di Mangrove Paradise Resort, di sini.

Yang Di-pertua Persatuan Sport Bikerz, Haji Mohd Khairul Arifin bin Haji Aji dalam ucapannya antara lain menjelaskan, majlis seumpamanya boleh dijadikan sebagai landasan untuk mengukuhkan lagi ukhuwah perpaduan dan keharmonian kerana ia adalah bertepatan dengan salah satu objektif penubuhan persatuan berkenaan.

Penubuhannya bertujuan untuk menghimpunkan ahli-ahlinya supaya dapat sama-sama berkongsi maklumat, pendapat, mengadakan program-program pengisian berteraskan aspek beriadah dan berkebajikan.

Ia ditubuhkan 11 tahun yang lalu dan pada masa ini mempunyai seramai 50 orang ahli yang berdaftar dan diharap bilangan ahli akan meningkat lagi pada masa yang akan datang. – Na’ila Azmi

Ahli Sport Bikerz memberikan pose istimewa untuk jurugambar.
Ahli Sport Bikerz memberikan pose istimewa untuk jurugambar.

ARTIKEL YANG SAMA